Kelas MS Word, Asas ICT, E-Learning & Kempen E-Waste bersama PDK Singai, Bau

11 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word, Asas ICT, E-Learning dan Kempen E-Waste bersama PDK Singai, Bau ini telah diadakan pada hari Rabu, 10 Oktober 2018. Dalam kelas ini, para peserta diajar tentang komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya.

Selain itu, mereka turut mempelajari asas MS Word serta ribbon-ribbon asas yang digunakan semasa menaip teks. Mereka juga mempelajari cara menaip menggunakan papan kekunci dalam MS Word.

Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada enjin carian Google yang digunakan untuk mencari maklumat di internet. Mereka turut mempelajari cara membuat pop-up card bertemakan perayaan Krismas berpandukan video tutorial yang terdapat di Youtube.

Sebelum berakhirnya kelas, taklimat dan tayangan video advokasi E-Waste diadakan dengan tujuan untuk mendidik para peserta tentang cara pelupusan barangan elektrik dan elektronik terpakai atau yang sudah tamat jangka hayatnya secara berhemah.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Bowang, selama 3 jam bermula dari 8.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 5 orang pelatih dan petugas PDK Singai, Bau. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali